Wednesday 16 February 2011

Tentang Sekolah Islam Integrasi Al-Muiz (SIIAM)

1.KONSEP SEKOLAH RENDAH & MENENGAH ISLAM INTEGRASI AL MUIZ

Sekolah Berintegrasi Al Muiz, sekolah Rendah & Menengah yang menggabungkan Kurikulum Akademik dan Kurikulum Pendidikan Islam serta mengutamakan mata pelajaran Tahfiz dan Hafazan. Pendidikan berintegrasi yang berterusan dengan kemantapan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang menggunakan pendekatan holistik (Minda , Jasmani dan Rohani ) dan mengarah kepada Pembentukan Insan yang Berilmu, Beriman dan Beramal. Pendidikan Integrasi lengkap di bawah satu bumbung Kurikulum Kementerian Pendidikan (KBSR & KBSM ), Kurikulum Pendidikan Islam (JAIM ) dan Kurikulum Hafazan serta Kefahaman Al Quran -Kurikulum Amalan Ibadah Harian Fardhu dan Sunat .

2. MATLAMAT

Beriltizam untuk menjadi pusat pendidikan yang cemerlang dan terunggul di Malaysia dengan dengan melahirkan generasi muslim yang menguasai ilmu pengetahuan serta seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi bagi menerajui pembangunan ummah pada masa akan datang .Kami yakin adanya generasi muslim yang berilmu dan berakhlak sahaja yang mampu mengembalikan zaman keagungan islam serta memajukan dan memberi kejayaan kepada sebuah negara. Oleh itu adalah menjadi hasrat kami untuk melahirkan generasi muslim yang berilmu dan berakhlak yang akan menerajui zaman kebangkitan islam dan kemajuan negara. Kami berharap dengan penubuhan sekolah ini juga, akan menanam semangat cinta kepada agama dan penghayatan yang berterusan terhadap diri, keluarga dan masyarakat pelajar , Pelajar kami dapat menghafaz, mendalami dan menghayati pengisian al Quran sebagai benteng pemahaman anak-anak serta kami juga mempu bersaing dengan dunia luar dengan memberi pendidikan agama, akademik dan ICT supaya anak-anak yang belajar di sekolah agama tidak ketinggalan dalam mencapai kejayaan di semua bidang pengajian serta dapat bersama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

3. FALSAFAH PENDIDIKAN AL MUIZ

”Pendidikan di Al MUIZ adalah satu amanah yang di pertanggungjawabkan ke atas setiap ahli dan penghuni sekolah ke arah membentuk dan memperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu , beriman , beramal soleh dan seimbang dari aspek Intelek , Rohani dan Jasmani serta emosi (JERI ). Insan yang dididik dengan usaha yang berterusan ini akan berkeupayaan ke arah memberikan kesejahteraan dan kecemerlangan kepada diri ,keluarga , masyarakat dan negara.”

4.MISI AL MUIZ

• Memartabatkan sistem dan nilai pendidikan islam dalam kerangka sistem pendidikan negara.
• Melaksanakan sistem pendidikan ilmiah yang bermutu tinggi, berkualiti, progresif dan serba lengkap.
• Mendidik Pelajar agar berdaya saing dalam semua bidang pengajian
• Membentuk generasi profesional yang bertaqwa.

5.VISI AL MUIZ

• Memperkembangkan potensi individu secara syumul dan bersepadu
• Melahirkan insan yang berkemampuan menjalankan peranannya sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi.
• Melahirkan insan yang berakhlak mulia.

No comments:

Post a Comment