Sunday 20 February 2011

SEMINAR GURU-GURU TADIKA & PENGUSAHA TADIKA

Kami syarikat Al-Muiz Power Motivation Resorces, akan mengadakan SEMINAR
GURU-GURU TADIKA & PENGUSAHA TADIKA yang akan diadakan di IXORA 2, DORSETT HOTEL Plentong Johor.


 Tajuk : Guru Cemerlang Guru Terbilang

 Tarikh : 5 Mac 2011 hingga 6 Mac 2011
 Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
 Yuran : RM 198 Seorang (termasuk makan 3X, bahan dan sijil.

---- Tarikh tutup pendaftaran: 3 Mac 2011 ----

Untuk Pendaftaran, hubungi
CIK. NORASIKIN 013-7376528 / PN. Asyikin 0192961965
atau emelkan nama, no. telefon dan nama kursus
yang akan diikuti ke almuiz_ubk@hotmail.com

Thursday 17 February 2011

Program Mini Tahfiz

Program "Mini Tahfiz" ini dianjurkan oleh Sekolah Islam Integrasi Al-Muiz sempena cuti sekolah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hafazan al-Quran, meningkatkan pengetahuan agama dan meningkatkan keyakinan diri dalam pembacaan al-Quran.

Antara aktiviti yang akan dilakukan adalah:-

1) Adab-adab berdoa
2) Kelas Murajaah
3) Kelas Talaqi
4) Tafsir ayat al-Quran
5) Hafazan
6) Tazkirah

Program akan dilaksanakan pada:-

Tarikh   : 14 Mac 2011 hingga 18 Mac 2011
Masa     : Isnin hingga Jumaat
Sasaran : Berusia 4 tahun hingga 17 tahun
- Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah

Yuran : RM 220 / Seorang (Termasuk bahan pembelajaran, Makan tengahari dan Modul pembelajaran selama 5 hari)

Tempat program akan dijalankan:-

1) SEKOLAH INTEGRASI AL-MUIZ, 43-2 Jalan Masai Jaya 1, Mukim Plentong, 81750 Masai, Johor.

2) PUSAT PENGURUSAN AL-MUIZ, No 96-1 Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75450 AYer Keroh, Melaka.



MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

1) Ustaz Rizwan 0127600883 - (Cawangan Johor)
2) Ustaz Elmie 06-2320404 (HQ Melaka)

Wednesday 16 February 2011

Tentang Sekolah Islam Integrasi Al-Muiz (SIIAM)

1.KONSEP SEKOLAH RENDAH & MENENGAH ISLAM INTEGRASI AL MUIZ

Sekolah Berintegrasi Al Muiz, sekolah Rendah & Menengah yang menggabungkan Kurikulum Akademik dan Kurikulum Pendidikan Islam serta mengutamakan mata pelajaran Tahfiz dan Hafazan. Pendidikan berintegrasi yang berterusan dengan kemantapan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang menggunakan pendekatan holistik (Minda , Jasmani dan Rohani ) dan mengarah kepada Pembentukan Insan yang Berilmu, Beriman dan Beramal. Pendidikan Integrasi lengkap di bawah satu bumbung Kurikulum Kementerian Pendidikan (KBSR & KBSM ), Kurikulum Pendidikan Islam (JAIM ) dan Kurikulum Hafazan serta Kefahaman Al Quran -Kurikulum Amalan Ibadah Harian Fardhu dan Sunat .

2. MATLAMAT

Beriltizam untuk menjadi pusat pendidikan yang cemerlang dan terunggul di Malaysia dengan dengan melahirkan generasi muslim yang menguasai ilmu pengetahuan serta seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi bagi menerajui pembangunan ummah pada masa akan datang .Kami yakin adanya generasi muslim yang berilmu dan berakhlak sahaja yang mampu mengembalikan zaman keagungan islam serta memajukan dan memberi kejayaan kepada sebuah negara. Oleh itu adalah menjadi hasrat kami untuk melahirkan generasi muslim yang berilmu dan berakhlak yang akan menerajui zaman kebangkitan islam dan kemajuan negara. Kami berharap dengan penubuhan sekolah ini juga, akan menanam semangat cinta kepada agama dan penghayatan yang berterusan terhadap diri, keluarga dan masyarakat pelajar , Pelajar kami dapat menghafaz, mendalami dan menghayati pengisian al Quran sebagai benteng pemahaman anak-anak serta kami juga mempu bersaing dengan dunia luar dengan memberi pendidikan agama, akademik dan ICT supaya anak-anak yang belajar di sekolah agama tidak ketinggalan dalam mencapai kejayaan di semua bidang pengajian serta dapat bersama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara.

3. FALSAFAH PENDIDIKAN AL MUIZ

”Pendidikan di Al MUIZ adalah satu amanah yang di pertanggungjawabkan ke atas setiap ahli dan penghuni sekolah ke arah membentuk dan memperkembangkan individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu , beriman , beramal soleh dan seimbang dari aspek Intelek , Rohani dan Jasmani serta emosi (JERI ). Insan yang dididik dengan usaha yang berterusan ini akan berkeupayaan ke arah memberikan kesejahteraan dan kecemerlangan kepada diri ,keluarga , masyarakat dan negara.”

4.MISI AL MUIZ

• Memartabatkan sistem dan nilai pendidikan islam dalam kerangka sistem pendidikan negara.
• Melaksanakan sistem pendidikan ilmiah yang bermutu tinggi, berkualiti, progresif dan serba lengkap.
• Mendidik Pelajar agar berdaya saing dalam semua bidang pengajian
• Membentuk generasi profesional yang bertaqwa.

5.VISI AL MUIZ

• Memperkembangkan potensi individu secara syumul dan bersepadu
• Melahirkan insan yang berkemampuan menjalankan peranannya sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi.
• Melahirkan insan yang berakhlak mulia.

Pengambilan Tenaga Kerja Sekolah

Kami sebuah sekolah rendah & menengah gabungan akademik dan agama serta tahfizyang beroperasi di Ayer Keroh, Melaka sedang mengambil kakitangan untukjawatan berikut:

1) Guru akademik
2) Guru Agama (Bahasa Arab dan Tahfiz) - sangat diperlukan
3) Fasilitator (Team Building ,Rohani /Unit Bimbingan Kaunseling)
4) Sales Executive
5) HR Executive
6) Kerani (Akaun, HR, AKadamik & Administrasi)
7) Pengawal Keselamatan (Lelaki & Perempuan)
8) Tukang Masak9) Warden (Lelaki dan Perempuan)

Kelulusan Diploma / Degree (tenaga Pengajar & Fasilitator )
Spm (Kerani )
Bujang di utamakanLelaki /Perempuan

Temuduga terbuka akan di adakan pada 17 Febuari 2011 (KHAMIS) pada jam 9 pagi- 5 petang di Pejabat Pengurusan al-Muiz yang beralamat di: No 96-1 Jalan TU 42, Taman tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Sila bawa bersama salinan sijil, resume dan 3 keping gambar berukurun pasport.Bagi yang terpilih, harus bersedia untuk memulakan perkhidmatan dengan sertamerta dan juga bersedia untuk hadir ke seminar perkhidmatanperguruan/pengurusan yang akan diberitahu ketika temuduga.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI PUAN FATIMAH DITALIAN 06-2320404